Pada hari yang pertama, kami diberi peluang untuk bermain pelbagai permainan tradisional orang Melayu, seperti congkak, sepak takraw, batu seremban dan chapteh. Kami bermain permainan tersebut dalam kelas dan juga di dalam dewan besar sekolah. Kami juga diajar cara-cara yang betul untuk bermain permainan tersebut. Apabila kami bermain sepak takraw, banyak murid yang tidak tahu cara untuk bermain dan bermain dengan cara yang salah. Selepas introduksi cikgu, kami baru tahu cara bermain sepak takraw. Apabila kami balik ke kelas, cikgu pun menunjukkan kami video tentang cara yang digunakan oleh permainan profesional. Selepas kami ditunjukkan cara yang betul, baru kami sedar bahawa kami masih ada banyak untuk belajar tentang cara bermain sepak takraw.
Thursday, March 11, 2010
Hari Pertama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment