Thursday, March 11, 2010
Hari Keempat
Pada hari yang keempat, kami dibawa ke Jalan Arab. Di sana, kami diberi tugas untuk menemu-ramah pemilik kedai makanan tentang asalan makanan tersebut dan cara dan bahan yang diperlu untuk memasaknya. Dari aktiviti ini, kami diberi peluang untuk tahu lebih tentang cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak makanan. Melalui aktiviti ini, kami dapat peluang untuk melatih kami dengan bertutur dalam Bahasa Melayu dengan orang yang kami bertanya. Pemilik kedai yang ditemu-ramah oleh kumpulan kami sangat mesra dan juga menunjukkan kami maklumat yang diperlukan.
Hari Ketiga
Pada hari yang ketiga, kami dibawa ke Sekolah Menengah Nan Yang kerana kami akan memasak makanan kami di dapur yang disediakan di sana. Selepas tiba di sana, kami pun membahagikan bahan-bahan ke dalam kumpulan yang berbeza. Selepas itu, kami pun diajar oleh cikgu tentang cara-cara untuk memasak makanan, seperti nasi lemak, telur, ayam goreng, onde-onde dan sebagainya. Kami dibahagikan ke dalam dua kumpulan, satu kumpulan diberi kerja untuk memasak nasi dan telur, kumpulan yang lain pun diberi kerja untuk mengoreng ayam dan membuat oneh-oneh. Oleh sebab banyak yang tidak akrab dengan cara untuk memasak, cikgu sangat sibuk untuk membantu murid untuk menyediakan makanan. Selepas tiga jam, semua makanan telah siap disediakan, kami pun mula makan. Selepas siap makan, kami pun balik ke sekolah selepas siap cuci mangkuk yang digunakan.
Hari Kedua
Pada hari yang kedua, kami dibawa ke Geylang Serai untuk membuat beli-belah untuk hari yang berikut. Kami juga diberi peluang untuk bermain ‘Jalan-jalan, cari makan’. Apabila kami bermain ‘Jalan-jalan, cari makan’, kami diperlu untuk menggunakan maklumat yang diberi lalu menafsirkannya untuk mendapat nama makanan yang perlu dibeli. Selepas aktivit tersebut, kami pun dibawa ke pasar untuk membeli bahan-bahan yang diperlu untuk memasak pada hari yang berikut. Bahan-bahan yang dibeli meliputi, gula, tepung, telur, gula Melaka, beras, daun pandan, ayam, pasta kari dan sebagainya. Selepas itu, kami pun dibawa balik ke sekolah.
Hari Pertama
Pada hari yang pertama, kami diberi peluang untuk bermain pelbagai permainan tradisional orang Melayu, seperti congkak, sepak takraw, batu seremban dan chapteh. Kami bermain permainan tersebut dalam kelas dan juga di dalam dewan besar sekolah. Kami juga diajar cara-cara yang betul untuk bermain permainan tersebut. Apabila kami bermain sepak takraw, banyak murid yang tidak tahu cara untuk bermain dan bermain dengan cara yang salah. Selepas introduksi cikgu, kami baru tahu cara bermain sepak takraw. Apabila kami balik ke kelas, cikgu pun menunjukkan kami video tentang cara yang digunakan oleh permainan profesional. Selepas kami ditunjukkan cara yang betul, baru kami sedar bahawa kami masih ada banyak untuk belajar tentang cara bermain sepak takraw.
Minggu Sabbatical
Hari Pertama:
-Bermain sepak takraw
-Bermain congkak
-Bermain chapteh
-Bermain batu seremban
Hari Kedua : Geylang Serai (cari kuih muih)
- pulut panggang
- talam serimuka
- samosa
- pisang goreng
- putu piring
:Membeli bahan-bahan
- telur
- minyak
- tepung
- kelapa parut
- timun
- ikan bilis
Hari Ketiga : Pergi ke Nan Yang
-Membuat Jemput-jemput ikan bilis
-Membuat Nasi Lemak
-Membuat Onde Onde
Hari Keempat : Pergi ke Arab Street
-Cari bahan bahan untuk makanana
-Cari makanan untuk Makanan Melayu, Indian, Turkish dan Arab





